Letupan bom Jakarta 2009

Letupan bom Jakarta 2009
Map
LokasiJakarta, Indonesia
Koordinat6°13′34″S 106°49′37″E / 6.226°S 106.827°E / -6.226; 106.827
Tarikh17 Julai 2009
7:50 a.m. (UTC+7)
SasaranCivilian Sunting ini di Wikidata
Jenis serangan
Pengeboman berani mati[1]
Kematian9[2]
Tercedera53[3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Letupan bom Jakarta 2009 berlaku di dua tempat iaitu di Hotel Ritz Carlton dan Hotel JW Mariott di kawasan Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia pada hari Jumaat, 17 Julai 2009. Dua biji bom meledak pada jam 07:45 berselang 10 minit. Bom pertama meledak pukul 07:45 di depan hotel JW Mariott menghancurkan bahagian lobi hotel. Bom kedua meledak pukul 07:47 menghancurkan lantai tingkat 2 dan 3 hotel Ritz Carlton yang hanya berjarak sekitar 50 meter dari hotel JW Mariott. Sumber awal menyebutkan 9 orang terkorban dan 49 orang cedera dan dimasukkan ke hospital.

Hotel JW Mariott pernah menjadi sasaran bom berani mati pada 5 Ogos 2003 menyebabkan 12 orang terbunuh dan 150 orang cedera.

Hotel Ritz Carlton akan menjadi hotel penginapan pasukan Manchester United menentang pasukan Indonesian All Star pada 20 Julai 2009. Pasukan Indonesian All Star menginap di Hotel JW Marriott.

Bom pertama meletup di Restoran Syailendra di JW Marriott. Ia berhampiran dengan bilik mesyuarat ahli perniagaan Jakarta yang dihoskan oleh James Castle, presdien Majlis Perdagangan Amerika Syarikat di Jakarta. Hotel JW Marriott menjadi markas serangan itu.Dua mayat tak dikenali ditemui hancur tanpa kepala dan tangan.

Bom kedua meletup di Restoran Airlangga di tingkat 2, Hotel Ritz-Carlton ketika ramai orang sedang sarapan pagi.

Polis menjumpai bom ketiga yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott.Bangunan Plaza Mutiara, yang terletak di sebelah hotel itu, turut menempatkan pejabat Perbadananan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu di tingkat 12.

Bom ketiga ditemui di bilik 1808 bersama perlatan membuat bom yang lain. Bom ketiga sepatutnya diasarkan di komplek beli-belah Muara Angke, utara Jakarta.Nanan Soekarno mnyatakan belum mengetahui siapa yang menginap di bilik 1808. Jeneral Wahyono menyatakan penyerang bunuh diri keluar dari tempat parkir kereta.

Polis menolak kaitan kelompok penggansa, Noordin Mohammad Top. Disebut-sebut, bom tersebut dibiayai dari wang Rp 15 juta milik Bank BNI yang dirompak dari kenderaan pengangkut beberapa hari sebelum itu.

  1. ^ Ledakan di Jakarta Dipastikan Bom Bunuh Diri. Antara News. 17 Julai 2009. Dicapai 2012-07-22. 2009-07-29.
  2. ^ "Unexploded bomb found after Jakarta hotel bombings kill at least 9". The Sydney Morning Herald. 2009-07-17. Dicapai pada 2009-07-17.
  3. ^ Polisi Rilis Data Korban Tewas 9 Orang, Luka 53. 18 Julai 2009. Dicapai 2012-07-22. 2009-07-29.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search